yeeeha cuti lagi

Inilah untungnya jadi cikgu.Cuti banyak.Bila murid cuti…cikgu pun cuti.Tapi terpaksa jugak ke sekolah bila dipanggil.Anytime.Tapi tanggungjawab cukup besar.Hari ini satu hari aku merehatkan badan selepas 3 minggu menempuh cabaran yang sebenar.Kelmarin hanya separuh murid hadir.Kebanyakkan yang non muslim sudah mengambil cuti sendiri.Ponteng.Anak murid aku yang baru masuk langsung tak nampak batang hidung dah 3 hari.Budak ni tukar sekolah sebab parent dia cakap anaknya tak mahu datang sekolah.Aku cuba pujuk…3 hari dah buat perangai balik.Kata maknya budak ni kena gangguan jin kafir.Apa yang aku tengok…budak ni memang tak minat nak belajar langsung.Tak mahu menulis atau buat kerja.Mungkin selepas cikgu BI marah…terus tak datang lagi.
Life dekat sekolah ni cukup bagus.Guru-gurunya yang aku rasa ok.Macam biasa…spesies cikgu lelaki dilanda kepupusan selepas meteor menghujani bumi.Kelmarin ada program Maal Hijrah.Jadi budak pun tak belajar.Aku masih mecari formula bagaimana nak buat 700 budak kecil supaya tidak bising.Setakat ni aku hanya mampu 50 peratus. Kalau cikgu lama memang boleh buat.Tambah lelaki.Sekali tengking budak dah terdiam.Tapi aku akan cuba pelbagai formula tengok yang mana berkesan.
Kelas aku Tahun 2 ni memang susah nak kontrol.Tapi setakat ni aku berjaya jugak.Tapi terpaksa membebel dulu sebelum mengajar. Maklumlah kelas nombor 2 dari belakang.Tapi bebudak kelas paling hujung senang pulak nak kontrol.Bebudak ni macam macam karenah.Aku paling tak suka budak asyik merengek bagi tahu benda yang tak penting.Aku tengah ngaja BM dia tanya pasal benda lain.Hangin satu badan betul.Ikut ringan tangan memang nak kena belasah tapi jadi cikgu kena banyak bersabar.So far aku masih boleh kontrol temper lagi.Parent sekarang banyak yang takder keje terutama yang duduk rumah…surirumah.Jadi mereka banyak masa untuk meluangkan diri ke sekolah.Dan mereka memang ambil berat pasal anak mereka. Sebagai guru…memang kene pupuk,baja,ulit dan belai bebudak nih.Silap ringan tangan I see you incourt lah.
Walau aku jenis panas baran…tapi bila mengajar bebudak nih aku jadi lain.Tak sanggup nak ringan tangan.Wujud satu perasaan kasih dan kasihan.Aku anggap bebudak ni macam family aku.Tapi kalau dilayan sangat nanti dipijak pula kepala kita.Namun tersemat di sanubari aku….supaya bebudak ni akan mampu menulis dan membaca serta mengira sepanjang tahun 2009 ini.Inilah harapan aku.

Kepada Alicia(student aku)…dan seluruh murid berbangsa cina..i wish u Happy New Year..Gong Xi Fa Cai.
Selamat Menyambut Hari Wilayah..first time aku dapat cuti wilayah..sebelum ni Birthday KDYMM Sultan Kedah jer.
Dan manfaatkan cuti sekolah sepanjang 10 hari ini.Maybe aku nak balik Kedah untuk ambik kereta aku yang tersadai kat kampung.

0 comments:

Post a Comment