Syukur Alhamdulillah.

Keperitan mengharungi 2 bulan penuh ranjau akan kekal dalam lipatan kami berdua.Aku dan isteri.Manakan tidak kami mengikat perut.Belum pernah aku alami detik sesukar ini.Paling busuk aku masih mampu makan.Tapi kali ini kami benar benar menerima ujian yang hebat.Aku mula mengerti perasaan mereka yang kebuluran di Gaza,Darfur dan Afrika.Siapa lagi yang boleh dipohon pertolongan kecuali Allah.Keluarga usah ditanya.Sampai malu untuk meminta lagi.Telah banyak pengorbanan mereka.Kami mula membina hidup sendiri.Tinggal dirumah sewa.Mujur dekat dengan kemudahahn dan yang penting dekat sekolah.Cuma isteriku terpaksa sedikit jauh.Pernah seminggu kami tidak menjamah nasi.Wang yang ada cukup untuk tambang isteriku ke tempat kerja dan sedikit bekalan untuk Aisya.Yang penting adalah susu dan keperluan aisya dipenuhi terlebih dahulu.RM900 yang abang masuk dikebas oleh Bank Durjana Kepala Rimau.Kejam sungguh kapitalis.Tak berhati perut.Tapi apakan daya keseronokkan berhutang kini menjadi mimpi ngeri.Pesan aku....koyak saja kad plastik yang kalian selalu memuja itu.Dasar kapitalis..bila senang mereka tersenyum..bila susah makin mereka menindas.
Menu kami adalah biskut kering simpanan isteriku.Perut yang sentiasa jumpa nasi menjadi payau semacam.Begitu rupanya rasa orang di Gaza dan Darfur.Mee segera dikongsi berdua sebab tak cukup untuk beli 2 bungkus.Aku cuba merendamkan biskut hup seng dalam air teh.Jadi macam makanan budak la pulak.Tapi sedapnya tak dapat nak digambarkan.Lebih sedap dari Pizza Hut yang dulu kami setiap bulan merasa.Aku merenung kembali diri ini.Benarlah ujian tuhan ini ada hikmahnya.Simpanan yang sedikit dulu sudah habis digunakan.Setahun lebih survive.Kini hanya tinggal beberapa bulan lagi.Dulu aku tak beringat semasa gaji besar.Hidup penuh keseronokan.Tanpa memandang kedepan.Mungkin keberkatan yang kurang menyebabkan gaji tak pernah cukup.Masyaallah.Jauhilah kami dari kefakiran dan hutang.

24 Februari.Sebelum punchcard balik...aku tengok Haslinda senyum sambil memegang slip gaji.Aik takkan dah ada slip.Kata abang man...kalau ada slip besok boleh joloklah.Aku pantas mencari dan kali pertama aku memegang slip gaji aku yang berwarna hijau muda tersebut.Hati melompat kegirangan.2 bulan tunggakan.Hampir RM 5000.Syukur Alhamdulillah.Ketika solat asar di surau sekolah....aku tak mampu lagi menahan airmata dari tumpah.Dalam keheningan petang tanpa ada manusia lain yang sudah pulang...aku menadah tangan penuh syukur.Inilah gaji pertama aku sebagai cikgu.Maha suci Allah yang memberikan rezeki.Fain tauddu nikmatallahi la tahsuu ha.Kalau kamu ingin mengira nikmat Allah...pasti kamu tidak akan mampu.

Namun kegembiraan tidak berapa panjang.Esok bila ke ATM..terpampang jumlah gaji.Tapi aku tak dapat jolok sebab saving akaun aku masih di block.Sudahlah kebas duit aku RM900.Sekarang nak ambik duit gaji pun tak boleh.Celaka besar bank kepala rimau.Aku nak pakai bank lain kerani cakap bank ni cepat.Hampess asbestos kedodos. Aku call center.Main tendang aku semacam.Aku dah follow kehendak diorang.Faks surat tapi dia cakap takde.Ni dah kira main aku dah.Aku faks lagi sampai 4 kali.Pun cakap tak sampai.Aku nekad g HQ dia.Tendang aku g kat Collection and Fraud Dept. Jalan kaki lagi dengan perut yang masih kosong.Ingatkan dah boleh makan nasik.Aku naik cari officer dia.Yang melayu tu ok sikit.Aku pun cakap cara baik.Nak setel cara baik.Asal aku boleh jolok duit gaji aku.Ulang DUIT GAJI AKU.Bukan duit bapak engkau.Datang officer dia yang india perempuan.Berlagak sombong.Aku masih kool.Cakap elok lagi.Dia cakap aku tak pernah hantar surat.Tak pernah jawab telefon.Habis yang Bulan 12 yang aku setel RM600 tu apa jadahnya.Itu ejen,dia cakap. Aku tunjuk surat yang aku faks.Dia cakap dia tak setuju proposal aku.Habis proposal tu pegawai engkau yang suruh buat macam tuh.Memang dajal betul.Aku dah panas.Habis sekarang nak setel macam mana.Buatlah.Power dekat tangan dia.Duit aku pun dekat tangan dia.Aku tak boleh buat apa dah.Full settelment dia cakap.Berapa?RM3500 + 900=$4400.Ok lah aku pun malas nak cakap banyak.Dia suruh tulis tangan jer.Aku cakap ok tapi mesti release akaun aku petang nih..Dia kata ok petang nih dah boleh jolok.Tinggal jer beberapa ratus lagi.Janji aku boleh beli nasik malam ni. Bila petang aku gi jolok....masih block lagi.Memang menyumpah seranah aku.Memang celaka besar kepala rimau nih.Tipu aku.
Besok petang baru boleh jolok.Baru boleh makan nasik.Apapun aku bersyukur.Yang penting dah lepas satu beban.Takyah pikir lagi.Bajet memang lari gila.Ingat nak setel hutang tapi...Itulah aku tak beringat lagi.Tapi aku guna dulu untuk beli benda berfaedah jugak walaupun dah hilang kena curi.Sekarang aku takder apa apa.Bayar saja la.Bank ni memang nak kita berhutang,Kalau tak sapa nak bayar gaji officer dia termasuk india perempuan yang hampeh tuh.Kita ni jer bodoh mudah terjerat.Dulu bukan aku apply tapi dia yang hantar kad plastik tu.Konon encik punya akaun aktif so kami bagi kad ni.Berhutanglah jangan risau.Nanti kami akan cekik encik dan pijak encik sampai mampos .

BEWARE............JANGAN PAKAI KAD HUTANG BANK KEPALA RIMAU KALAU TAK MAU JADI MACAM AKU.MEMANG MANIS MULUT MASA NAK SIGN TAPI LEPAS TU SENDIRI MAU INGAT.
Duduk dua tiga hari...datang agen kad hutang bank kepala rimau offer dekat bilik guru.Dua tiga orang cikgu dah ambik.Aku tunggu jer dia datang offer dekat aku.Aku memang nak penyepak walaupun agen tu takder kene mengena langsung dan hanya dpat komisen RM100 jer sorang.

Keretapi Tanah Melayu-Ekspress Langkawi- Bah. 1

Inilah satu satunya yang masih mengekalkan perkataan melayu dan tinggal melayu.Yang lain dah habis.Kain batik jawa,mee jawa,Nasi goreng cina,....syukurlah.(Tiada kena mengena dengan perkauman..sekadar lawak).
Jam 6.30 petang aku tumpang abg naen gi ambik kakcah kat sekolah.Then hantar aku dekat KL Sentral.Dah dekat 3 tahun aku tak naik train.Kat KL sentral aku naik foodcourt pekena yong tau fu dulu.Lepas tu beratur tunggu train.Ada 2 orang adik tegur aku tanya nak gi pasir mas tunggu dekat mana?.Kat sini lah jawab aku.Tepat 7.45..train dah sampai.Aku bergegas turun dan mencari seat aku yang berharga RM 43 itu.Aku pun melabuhkan punggung di atas katil yang tilam hanya setebal 2 inci tapi selesa.Kalau nak dreamland kena naik Airbus 320.Suasana tenang.Ada keluarga yang naik mungkin baru balik umrah sebab aku nampak ada botol air zamzam.Sepasang suami isteri penghujung usia.Isterinya kat belakang aku dan suaminya kat depan.Anak anak mereka dekat hujung pintu coach.Naik pula sepasang suami isteri atau kekasih yang muda lagi.Kena tempat atas dekat katil aku.Yang si perempuan membebel sebab tak mahu duduk atas.Yang lelaki aku tengok diam saja.Maybe bengang tapi depan orang...tahan jer lah...
Train mula bergerak.Aku pun mula keluarkan buku nota aku.Cadangnya nak catat jumlah stesen yang train ni berenti tapi terpaksa lupakan saja niat suci aku sebab keadaan gelap gelita dekat stesen.Yang aku perasan pun stesen kuala kubu,rawang,tanjung malim.Sampai dekat ipoh...lama sikit berenti.Aku kalau berjalan susah sikit nak tidur.Maklumlah aku dah marathon sampai pukul 5 ptg.Macam biasa aku akan melepak di antara coach dengan coach sebab kat situ boleh halau nyamuk.Aku tengok ada 3 orang muka macam chinese.Aku pun tegur apasal tak buka pintu biar angin masuk.Dia tak faham dan mula speaking.Aku pun mulalah speaking berterabur.Celah celah tu ada mamat omputih keluar dari bahagian coach depan.Coach deluxe yang ada bilik.Mamat tu nak ke toilet.Terus bukak pintu toilet tapi terkejut beruk sebab nampak pakcik yang balik umrah tengah sempoi melepaskan hajat kecilnya tanpa kunci pintu.Maklumlah orang tua.Selamba badak jer.Nama orang putih tadi Mark dari Colorado USA.Tourist yang tengah honeymoon dengan wife dia samantha.Dari singapore nak ke penang.Kami berbual mesra termasuk mamat tiga orang tadi rupanya pelancong korea.Berasap jugak english aku.Tak sia sia ajar Math PPSMI.Komen Mark, singapura bersih dan tak ada sampah.Tak boleh smoking tapi kat Malaysia dia cakap kat mana pun boleh smoking.Aku offer sebatang dia cakap hanya hisap Cigar.Mana ada beb.Takat curut cap labu bolehlah aku cari.Mamat korea tadi pun cakap Malaysia ok.Aku terpaksa defend sebab seolah diorang merasakan Malaysia ni kotor.Aku cakap takat singapore 3juta rakyat bolehlah kontrol.Ini 29 Juta.
Aku kembali ke katil aku.Penumpang lain dah tarik selimut.Aku masih terkebil kebil dok cari idea.Dan beberapa catatan dapat aku buat untuk planning bisnes.Kedengaran denguran makcik yang baru balik umrah agak kuat macam cerita bujang lapok.Mungkin makcik ni letih naik flight dari Jeddah dan letih tawaf kut.Aku mundar mandir pegi buffet coach.Beli megi dan sandwich.Then lepak balik.Aku menarik langsir dan masih terkebil kebil mencari idea.Mata pun belum nak pejam.Kepala sedikit pusing.Dah sampai Tanjung Malim.Train berhenti dan naik beberapa orang anak gadis yang muda remaja.Duduk sebelah katil aku.Family dia melambai menerusi tingkap cermin kamar peraduan ku.Bersambung...........