Cahaya mata

Tanggal 1 Julai..lahirlah zuriatku yang pertama. Mujur aku masih sempat berada di hospital. Walaupun ketika ini aku masih praktikum.Baru seminggu.Kesian isteriku.Terpaksa memandu sendiri ke hospital. Mujur semangatnya kuat. Selepas parking di depan hospital,terus isteriku dimasukkan ke wad. Anak kami berada dalam keadaan songsang yang mungkin menyebabkan isteriku perlu menjalani pembedahan. Sebolehnya aku tidak mahu isteriku dibedah.Azab sekali aku melihat mereka yang dibedah.Kalau boleh aku mahu isteriku bersalin normal.Kata doktor..masih ada ruang yang menyebabkan bayi kami berpusing.Mungkin sebab isteriku yang kurang makan . Aku berusaha membawa bidan kampung ke hospital tanpa pengetahuan doktor. Sempat juga bidan tersebut memusing kembali bayi kami. Namun keesekkan harinya..bidan tersebut enggan lagi pergi ke hospital.Katanya tali pusat anak kami sudah hampir membelit leher bayi.Masyaallah. Aku berserah sahaja kepada takdir.
Isteriku dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim. Selepas sekolah aku terus ke hospital. Malang sekali ketika ini laptop kesayanganku turut lesap.Entah mangkuk mana yang mencuri.Sudah nasib. Syukur kata doktor pakar bayi sudah berada dalam keadaan normal dan isteriku boleh bersalin secara normal. Hampir 12 jam aku menunggu tanpa sempat mengalas perut. Akhirnya pada 2.15 pagi…bayi kami selamat lahir ke dunia. Jam sudah menunjukkan 6 pagi. Selepas selesai aku mengqamatkan bayi kami…aku terpaksa bergegas pulang merentasi perjalanan sejauh 200 km untuk menyambung sesi persekolahan.Cikgu praktikum mana ada cuti daa.Mujur aku sempat sampai ke sekolah. Walaupun tanpa tidur,aku bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan oleh yang esa.