ranjau

Penuh ranjau.Itu yang mampu dilafazkan.Meninggalkan isteri yang sarat mengandungkan anak sulung kami.Mungkin rezeki anak ini.Selepas isteriku hamil…aku ditawarkan kursus KPLI.Seringkali aku berpesan agar isteriku bersabar diatas segala ujian dan mehnah yang bakal kami tempuhi.Meninggalkan isteri bukanlah satu perkara yang mudah.Apatah lagi hanya sekali aku sempat menemankan isteriku ke klinik.
Aku agak mewah sebelum ini.Dengan gaji yang agak lumayan.Tetapi setelah aku menerima tawaran menjadi guru….sumber kewanganku terputus terus.Dengan hanya elaun yang sekadar cukup,aku terpaksa menebal muka bergantung harap kepada ihsan keluarga,Apatah lagi dengan pinjaman bank dan pelbagai lagi perbelanjaan.Sakit usah dikata.Nak makan pun tak cukup.Terpaksa mengalas perut sekadar termampu.Kalau dicerita mungkin ramai yang tidak percaya.Namun ku gagahi jua.Alang alang mandi biar basah.
Pengalaman di maktab cukup indah. Memori yang cukup mempersonakan. Walaupun tidak dapat menandingi memori di universiti…setahun apalah sangat yang boleh dicoretkan.Namun kepayahan ini membuatku lebih gigih.