Cahaya mata

Tanggal 1 Julai..lahirlah zuriatku yang pertama. Mujur aku masih sempat berada di hospital. Walaupun ketika ini aku masih praktikum.Baru seminggu.Kesian isteriku.Terpaksa memandu sendiri ke hospital. Mujur semangatnya kuat. Selepas parking di depan hospital,terus isteriku dimasukkan ke wad. Anak kami berada dalam keadaan songsang yang mungkin menyebabkan isteriku perlu menjalani pembedahan. Sebolehnya aku tidak mahu isteriku dibedah.Azab sekali aku melihat mereka yang dibedah.Kalau boleh aku mahu isteriku bersalin normal.Kata doktor..masih ada ruang yang menyebabkan bayi kami berpusing.Mungkin sebab isteriku yang kurang makan . Aku berusaha membawa bidan kampung ke hospital tanpa pengetahuan doktor. Sempat juga bidan tersebut memusing kembali bayi kami. Namun keesekkan harinya..bidan tersebut enggan lagi pergi ke hospital.Katanya tali pusat anak kami sudah hampir membelit leher bayi.Masyaallah. Aku berserah sahaja kepada takdir.
Isteriku dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim. Selepas sekolah aku terus ke hospital. Malang sekali ketika ini laptop kesayanganku turut lesap.Entah mangkuk mana yang mencuri.Sudah nasib. Syukur kata doktor pakar bayi sudah berada dalam keadaan normal dan isteriku boleh bersalin secara normal. Hampir 12 jam aku menunggu tanpa sempat mengalas perut. Akhirnya pada 2.15 pagi…bayi kami selamat lahir ke dunia. Jam sudah menunjukkan 6 pagi. Selepas selesai aku mengqamatkan bayi kami…aku terpaksa bergegas pulang merentasi perjalanan sejauh 200 km untuk menyambung sesi persekolahan.Cikgu praktikum mana ada cuti daa.Mujur aku sempat sampai ke sekolah. Walaupun tanpa tidur,aku bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan oleh yang esa.

Langkah Pertama...harapan

Bukan hasratku menjadi guru.Semua keluargaku adalah guru.Kalau boleh aku hendak jadi selain dari cikgu.Bukan tak minat tapi rasa macam tak berapa best.Tak glamour.Mana ada cikgu yang kaya.Semuanya cukup makan.Aku lebih gemar jadi bisnesman.Boleh naik kereta mewah.Jiwaku jiwa bisnes tapi meniaga tak pernah untung.Bukak restoren...lebur dekat RM20k.Masuk angin keluar asap.Mak suruh jadi ustaz.Hantar aku sekolah agama tapi sekerat jalan sebelum aku lari.Konon nak jadi engineer.Pergi sekolah teknik....pun hancur.Mana ada engineer add math dapat tak lebih pada 20 per 100.Mujur tuhan beri peluang belajar sampai U.Ambik pun kos management.Nak keje ape?ntahlah.
Lepas grade terus dapat keje.Tapi memang lari dari semua landasan yang pernah aku citakan.Takder kene mengena langsung.Keje dengan orang politik.Main politik pulak.Empat tahun bergelumang.Mengenal diantara orang dan manusia.Kawan dan lawan.Mujur aku masih bertahan.Sepanjang jalan tersebut aku masih mencari siapa diriku yang sebenar namun masih tak ku ketemu.
Tiada apa yang dapat menghalang doa ibu.Doa ibu di maqam ibrahim dimakbulkan Allah.Hasrat ibu mahu aku menjadi guru seperti abang dan kakak akhirnya terkabul jua.Tanggal 14 Februari…aku menjejakkan kaki ke IPDA.Meninggalkan semua gaya hidup yang glamer untuk menempuh ujian yang maha hebat….menjadi seorang insan yang bergelar guru,cikgu,ustaz,mualim……

ranjau

Penuh ranjau.Itu yang mampu dilafazkan.Meninggalkan isteri yang sarat mengandungkan anak sulung kami.Mungkin rezeki anak ini.Selepas isteriku hamil…aku ditawarkan kursus KPLI.Seringkali aku berpesan agar isteriku bersabar diatas segala ujian dan mehnah yang bakal kami tempuhi.Meninggalkan isteri bukanlah satu perkara yang mudah.Apatah lagi hanya sekali aku sempat menemankan isteriku ke klinik.
Aku agak mewah sebelum ini.Dengan gaji yang agak lumayan.Tetapi setelah aku menerima tawaran menjadi guru….sumber kewanganku terputus terus.Dengan hanya elaun yang sekadar cukup,aku terpaksa menebal muka bergantung harap kepada ihsan keluarga,Apatah lagi dengan pinjaman bank dan pelbagai lagi perbelanjaan.Sakit usah dikata.Nak makan pun tak cukup.Terpaksa mengalas perut sekadar termampu.Kalau dicerita mungkin ramai yang tidak percaya.Namun ku gagahi jua.Alang alang mandi biar basah.
Pengalaman di maktab cukup indah. Memori yang cukup mempersonakan. Walaupun tidak dapat menandingi memori di universiti…setahun apalah sangat yang boleh dicoretkan.Namun kepayahan ini membuatku lebih gigih.