Balik Kampung



Dah dekat seminggu bercuti.Besok aku nak balik kampung kejap.Ambik kereta yang dah tersadai dekat sebulan.Pegi KL Sentral beli tiket train.Dah lama tak nak train.Syukur tiket masih ada.Tempat tiJustify Fulldur.Last seat.Memang nak jadi rezeki.Cuti ni juga memberi peluang kepadaku untuk bermain dengan baby.Dah besar anak aku.Dah masuk 7 bulan.Dah pandai dah.Kesian dekat aisya.7 bulan ni asyik kena tinggal.Sekarang aku dan isteri pulak tinggalkan dia.Insyaallah dalam masa terdekat kami dapat kembali bersama.Bina 'life' kami.Itupun aku masih mencari rumah sewa yang terdekat...dan lepas nih kena pulak cari pengasuh.Tinggal lagi aisya.
My life nampaknya beransur ok.Tugas pun berjalan lancar.Sementara nak 'absorb' environment baru....dan semoga setiap usaha kami dipermudahlan yang esa.
Last sekali naik train adalah bersama arin.Masa deepavali 3-4 tahun lepas.Naik kelas ekonomi memang tak boleh tidor.Rasa macam nak balik bangalore.Dengan pasang radio lagu happy deepavali...faham je lah.Keretapi dengan indian tak dapat dipisahkan.Tapi kali ni aku dah beli yang superior,Harap tenang sampai butterworth.Harga tiket nak dekat sama dengan bas.So taklah rasa rugi sangat.Maybe aku boleh write something sementara nak tidur.Planning bisnes ataupun scratch pasal apa aku nak buat.
Minggu ni kerja main hujan.Naik motor sampai basah.KL minggu ni petang jer hujan.Basah kuyup aku dibuatnya.Lepas ni terpaksa la aku naik kereta dan mengharungi jem.Lagipun dah lama pinjam motor orang.
Sambil surfing...aku terjumpak laman web sekolah.Sebelum ni aku cari takder.Bukan tu jer..blog salah sorang cikgu pun ada.Dan blog student juga.Rupanya ada juga peminat blog dekat sekolah.Aku baru dilantik AJK ICT.Kena pulak bahagian maintainence.Tapi takder hal.Maybe aku boleh bantu mana yang patut.
Ramai cikgu kat sini memang interested pasal bisnes.Dan rasanya aku jumpa the right choice.Lepas ni pelan pelan kayuh.Selepas setahun berehat dalam industri nih...dah berkarat kena polish balik.Dan aku akan buat yang terbaik.
Nanti aku update pengalaman atas train....
semoga 2009 menjanjikan sinar yang gemilang
chioooow sin chi

yeeeha cuti lagi

Inilah untungnya jadi cikgu.Cuti banyak.Bila murid cuti…cikgu pun cuti.Tapi terpaksa jugak ke sekolah bila dipanggil.Anytime.Tapi tanggungjawab cukup besar.Hari ini satu hari aku merehatkan badan selepas 3 minggu menempuh cabaran yang sebenar.Kelmarin hanya separuh murid hadir.Kebanyakkan yang non muslim sudah mengambil cuti sendiri.Ponteng.Anak murid aku yang baru masuk langsung tak nampak batang hidung dah 3 hari.Budak ni tukar sekolah sebab parent dia cakap anaknya tak mahu datang sekolah.Aku cuba pujuk…3 hari dah buat perangai balik.Kata maknya budak ni kena gangguan jin kafir.Apa yang aku tengok…budak ni memang tak minat nak belajar langsung.Tak mahu menulis atau buat kerja.Mungkin selepas cikgu BI marah…terus tak datang lagi.
Life dekat sekolah ni cukup bagus.Guru-gurunya yang aku rasa ok.Macam biasa…spesies cikgu lelaki dilanda kepupusan selepas meteor menghujani bumi.Kelmarin ada program Maal Hijrah.Jadi budak pun tak belajar.Aku masih mecari formula bagaimana nak buat 700 budak kecil supaya tidak bising.Setakat ni aku hanya mampu 50 peratus. Kalau cikgu lama memang boleh buat.Tambah lelaki.Sekali tengking budak dah terdiam.Tapi aku akan cuba pelbagai formula tengok yang mana berkesan.
Kelas aku Tahun 2 ni memang susah nak kontrol.Tapi setakat ni aku berjaya jugak.Tapi terpaksa membebel dulu sebelum mengajar. Maklumlah kelas nombor 2 dari belakang.Tapi bebudak kelas paling hujung senang pulak nak kontrol.Bebudak ni macam macam karenah.Aku paling tak suka budak asyik merengek bagi tahu benda yang tak penting.Aku tengah ngaja BM dia tanya pasal benda lain.Hangin satu badan betul.Ikut ringan tangan memang nak kena belasah tapi jadi cikgu kena banyak bersabar.So far aku masih boleh kontrol temper lagi.Parent sekarang banyak yang takder keje terutama yang duduk rumah…surirumah.Jadi mereka banyak masa untuk meluangkan diri ke sekolah.Dan mereka memang ambil berat pasal anak mereka. Sebagai guru…memang kene pupuk,baja,ulit dan belai bebudak nih.Silap ringan tangan I see you incourt lah.
Walau aku jenis panas baran…tapi bila mengajar bebudak nih aku jadi lain.Tak sanggup nak ringan tangan.Wujud satu perasaan kasih dan kasihan.Aku anggap bebudak ni macam family aku.Tapi kalau dilayan sangat nanti dipijak pula kepala kita.Namun tersemat di sanubari aku….supaya bebudak ni akan mampu menulis dan membaca serta mengira sepanjang tahun 2009 ini.Inilah harapan aku.

Kepada Alicia(student aku)…dan seluruh murid berbangsa cina..i wish u Happy New Year..Gong Xi Fa Cai.
Selamat Menyambut Hari Wilayah..first time aku dapat cuti wilayah..sebelum ni Birthday KDYMM Sultan Kedah jer.
Dan manfaatkan cuti sekolah sepanjang 10 hari ini.Maybe aku nak balik Kedah untuk ambik kereta aku yang tersadai kat kampung.

hari sabtu pun sekolah

Hari ni sekolah dibuka. Cuti ganti tahun baru cina.Nanti raya cina cuti panjanglah sikit.Sambung dengan hari wilayah. Kelas aku hampir separuh budak ponteng. Ada yang beri alasan melawat nenek..nak pergi beach..kene masak.Hmm macam macam bebudak nih. Ada ker darjah dua pun mak suruh masak.Alamat terbakar dapur.Masak air pun belum tentu boleh.Yang seronok bebudak kelas aku ada pelbagai bangsa. ada melayu,cina,kadazan,murut,india.Kira multiracial.Tapi kelas nombor 2 dari belakang.Biasaklah cikgu baru..penyapu baru..nasib badan.
Dah 2 minggu aku kat skdk.Saban hari aku meredah ibu kota.Dari bangsar ke setapak..melalui KL sentral,dataran merdeka,Masjid India...kira habis semua monumen yang ada kat KL nih. Sambil menunggang motor pinjam,aku rasa macam tak percaya.Dah dekat 30 tahun baru aku berpeluang merantau mencari rezeki di kota. Kalau sebelum nih aku hanya familiar dengan bendang dan pokok getah...kini kesibukkan ibu kota yang saban waktu berdenyut nadinya terpaksa aku tempuhi.Isteriku baru seminggu bekerja.Syukur dipermudahkan.Walaupun terpaksa meninggalkan anak sebentar...tapi kami terpaksa berkorban apa sahaja sebelum kedudukan kami kembali stabil setelah setahun bermacam dugaan melanda.
Cabaranku amat besar.Untuk memastikan anak anak ini benar benar mendapat ilmu.Ramai yang tidak boleh membaca.Kalau produk ini terus gagal maknanya sampai tahun 6 belum tentu merelka mampu membaca.Apa yang perlu aku lakukan.Namun cabaran baru sahaja bermula.Banyak lagi onak yang terpaksa ditempuhi.Baru masuk minggu ketiga.Bari tiga minggu aku jadi cikgu yang sebenar.Bukan lagi cikgu ganti.Tapi cikgu betul. Dan gajiku hanya akan ku perolehi 3 atau empat bulan lagi.Sabar je lah

Baru 2 minggu

Pejam celik dah masuk minggu kedua.Hmmm cepat masa berlalu.Tanggungjawab makin bertambah.Aku kene pegang kelas 2 Arif.Ngajar petang biasaklah.Nak menrjunkan diri didalam arena guru kelas ni maha mencabar jugak,Mendapatlah aku...kene isi borang tu borang ni.Kutip yuran dan macam macam.Aku kene ngajar BM dan Math.Wife dah datang KL.Syukur dapat keje kat Old Klang Road.Tuhan mempermudahkan banyak urusan kami.Alhamdulillah.Terpaksa tinggal Aisya dekat mak mertua.Tapi kat gombak jer.Mak mertua datang KL semata mata jaga aisya.Kesian Aisya.Terpaksa berkorban untuk ibu dan abah.Tinggal sekejap jer.Kami stay kat umah kakcah.Pagi aku hantar wife pegi keje.Tengahari gi sekolah.Nasib ada kapcai abg naen.RG Sport.Mengaum disebabkan keberatan diriku ini.Klac mati.Bayangkan aku yang baru nak belajar riding kat metropolis nih.Belajar cilok dan meneroka segenap pelusuk jalan di KL nih.
So far mengajar ok.Kelas aku jaga multiple race.Ada iban,murut,cina,india dan melayu.Sekali lagi tuhan memberi peluang kepadaku untuk meneruskan niat suciku untuk memupuk perpaduan kaum.Dismaping mengajar anak bangsa membaca dan menulis.
Kelas aku nih mencabar,Patut ler diorang bagi dekat aku.Tapi cabaran ni memang aku suka.Cuma aku masih mencari jalan macam mana nak kontrol kelas yang bermacam ragam nih.Reward or punish?tapi impresi awal harus kutunjukkan agar mereka tidak memijak kepalaku nanti.Mengajar math dalam english.Ini kesempatan terbaik untuk aku improve my english.Tapi lidah makan belacan memang payah nak tune.Semacam payahnya aku nak tune loghat kelate bila kecek dengan orang yang aku kenal.Tak kenal takpe.So bebudak ni menjadi mangsa eksperimen aku.
Mujur isteriku dah dapat keje kat kolej swasta.Bulan depan rasa ok sikit kut.Kami berkira-kira untuk mencari rumah sewa.Takkan nak menumpang.Tak sedap rasanya.Tapi suffer la sekejap untuk menikmati masa depan yang lebih baik.
Lesson plan masih berterabur.Susah jugak duduk jauh dari sekolah.Masa habis dekat jalan jer.Setiap hari aku merentas kotaraya ini.Dari Bangsar ke Setapak melalu Dataran,Jalan TAR,Jalan Pahang dan Jalan Genting Klang.Sesuatu yang amat asing bagi aku.
Memang nasib Halim terpaksa ke Sarawak.Arif dengan bini dia,amri dan husni.Housmate aku yang berpeluang mengecap pengalaman berharga sebagai pendidik.Paling sedih Halim yang sebak ketika call aku.Sudahlah jauh di Miri.Double flight.Kena pulak pendalaman 3.Elaun susah hati RM1500.Line takder,mandi air hujan dan naik bot 5 jam.Bot enjin sangkut merentas sungai rajang,Dan halim turut bernasib baik bertemu penghulu sungai rajang iaitu si bujang senang ketika pertama kali mengharungi sungai tersebut.Sewa bot sahaja RM600.2 kali keluar dah habis elaun susah hati.Sudahlah seminggu baru kahwin.Kini berada diceruk hutan borneo yang masih primitif.Bercawat dan ala kadar.Itulah pengorbanan seorang guru.Dan itulah juga lafaz ikrar yang diungkapkan ketika mula menerima beban ini.Walau dimana ceruk sekalipun kami rentasi,Syukur nasibku lebih baik.Amril dan husni langsung hilang perkhabaran.Mungkin sesat di hutan kapit dan mukah.Namun jangan sampai separuh jalan.Lari tanpa khabar.Missing in action atau lari dari tugas.

Detik ini baru bermula.........