Baru 2 minggu

Pejam celik dah masuk minggu kedua.Hmmm cepat masa berlalu.Tanggungjawab makin bertambah.Aku kene pegang kelas 2 Arif.Ngajar petang biasaklah.Nak menrjunkan diri didalam arena guru kelas ni maha mencabar jugak,Mendapatlah aku...kene isi borang tu borang ni.Kutip yuran dan macam macam.Aku kene ngajar BM dan Math.Wife dah datang KL.Syukur dapat keje kat Old Klang Road.Tuhan mempermudahkan banyak urusan kami.Alhamdulillah.Terpaksa tinggal Aisya dekat mak mertua.Tapi kat gombak jer.Mak mertua datang KL semata mata jaga aisya.Kesian Aisya.Terpaksa berkorban untuk ibu dan abah.Tinggal sekejap jer.Kami stay kat umah kakcah.Pagi aku hantar wife pegi keje.Tengahari gi sekolah.Nasib ada kapcai abg naen.RG Sport.Mengaum disebabkan keberatan diriku ini.Klac mati.Bayangkan aku yang baru nak belajar riding kat metropolis nih.Belajar cilok dan meneroka segenap pelusuk jalan di KL nih.
So far mengajar ok.Kelas aku jaga multiple race.Ada iban,murut,cina,india dan melayu.Sekali lagi tuhan memberi peluang kepadaku untuk meneruskan niat suciku untuk memupuk perpaduan kaum.Dismaping mengajar anak bangsa membaca dan menulis.
Kelas aku nih mencabar,Patut ler diorang bagi dekat aku.Tapi cabaran ni memang aku suka.Cuma aku masih mencari jalan macam mana nak kontrol kelas yang bermacam ragam nih.Reward or punish?tapi impresi awal harus kutunjukkan agar mereka tidak memijak kepalaku nanti.Mengajar math dalam english.Ini kesempatan terbaik untuk aku improve my english.Tapi lidah makan belacan memang payah nak tune.Semacam payahnya aku nak tune loghat kelate bila kecek dengan orang yang aku kenal.Tak kenal takpe.So bebudak ni menjadi mangsa eksperimen aku.
Mujur isteriku dah dapat keje kat kolej swasta.Bulan depan rasa ok sikit kut.Kami berkira-kira untuk mencari rumah sewa.Takkan nak menumpang.Tak sedap rasanya.Tapi suffer la sekejap untuk menikmati masa depan yang lebih baik.
Lesson plan masih berterabur.Susah jugak duduk jauh dari sekolah.Masa habis dekat jalan jer.Setiap hari aku merentas kotaraya ini.Dari Bangsar ke Setapak melalu Dataran,Jalan TAR,Jalan Pahang dan Jalan Genting Klang.Sesuatu yang amat asing bagi aku.
Memang nasib Halim terpaksa ke Sarawak.Arif dengan bini dia,amri dan husni.Housmate aku yang berpeluang mengecap pengalaman berharga sebagai pendidik.Paling sedih Halim yang sebak ketika call aku.Sudahlah jauh di Miri.Double flight.Kena pulak pendalaman 3.Elaun susah hati RM1500.Line takder,mandi air hujan dan naik bot 5 jam.Bot enjin sangkut merentas sungai rajang,Dan halim turut bernasib baik bertemu penghulu sungai rajang iaitu si bujang senang ketika pertama kali mengharungi sungai tersebut.Sewa bot sahaja RM600.2 kali keluar dah habis elaun susah hati.Sudahlah seminggu baru kahwin.Kini berada diceruk hutan borneo yang masih primitif.Bercawat dan ala kadar.Itulah pengorbanan seorang guru.Dan itulah juga lafaz ikrar yang diungkapkan ketika mula menerima beban ini.Walau dimana ceruk sekalipun kami rentasi,Syukur nasibku lebih baik.Amril dan husni langsung hilang perkhabaran.Mungkin sesat di hutan kapit dan mukah.Namun jangan sampai separuh jalan.Lari tanpa khabar.Missing in action atau lari dari tugas.

Detik ini baru bermula.........

0 comments:

Post a Comment