hari sabtu pun sekolah

Hari ni sekolah dibuka. Cuti ganti tahun baru cina.Nanti raya cina cuti panjanglah sikit.Sambung dengan hari wilayah. Kelas aku hampir separuh budak ponteng. Ada yang beri alasan melawat nenek..nak pergi beach..kene masak.Hmm macam macam bebudak nih. Ada ker darjah dua pun mak suruh masak.Alamat terbakar dapur.Masak air pun belum tentu boleh.Yang seronok bebudak kelas aku ada pelbagai bangsa. ada melayu,cina,kadazan,murut,india.Kira multiracial.Tapi kelas nombor 2 dari belakang.Biasaklah cikgu baru..penyapu baru..nasib badan.
Dah 2 minggu aku kat skdk.Saban hari aku meredah ibu kota.Dari bangsar ke setapak..melalui KL sentral,dataran merdeka,Masjid India...kira habis semua monumen yang ada kat KL nih. Sambil menunggang motor pinjam,aku rasa macam tak percaya.Dah dekat 30 tahun baru aku berpeluang merantau mencari rezeki di kota. Kalau sebelum nih aku hanya familiar dengan bendang dan pokok getah...kini kesibukkan ibu kota yang saban waktu berdenyut nadinya terpaksa aku tempuhi.Isteriku baru seminggu bekerja.Syukur dipermudahkan.Walaupun terpaksa meninggalkan anak sebentar...tapi kami terpaksa berkorban apa sahaja sebelum kedudukan kami kembali stabil setelah setahun bermacam dugaan melanda.
Cabaranku amat besar.Untuk memastikan anak anak ini benar benar mendapat ilmu.Ramai yang tidak boleh membaca.Kalau produk ini terus gagal maknanya sampai tahun 6 belum tentu merelka mampu membaca.Apa yang perlu aku lakukan.Namun cabaran baru sahaja bermula.Banyak lagi onak yang terpaksa ditempuhi.Baru masuk minggu ketiga.Bari tiga minggu aku jadi cikgu yang sebenar.Bukan lagi cikgu ganti.Tapi cikgu betul. Dan gajiku hanya akan ku perolehi 3 atau empat bulan lagi.Sabar je lah

0 comments:

Post a Comment