Hidup dan mati

Kullu nafsin zaa iqatul maut.Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Entah bila maut akan menjemput kita.Namun ketentuan Allah yang maha esa tidak dapat kita elakkan.Khabar dari kampung...abang zan masuk hospital.Khabarnya buah pinggangnya diserang kuman dan sudah menjengah ke otak.Kata doktor 50-50.Aqilah anak sulung beliau yang belajar di Al Azhar bersiap untuk pulang.Aqilah belajar sama dengan adik huda di Kaherah.Abang zan adalah satu satunya menantu paklong.Anak seramai 8 orang dan masih belum lepas seorang pun.Tapi abang zan dah mencecah umur 50 tahun.Kalau ikut logik akal...paklong yang dah cecah 75 tahun yang akan pergi dulu.Dah banyak kali paklong sekejap rebah dan sakit tetapi paklong masih steady.Abang zan kerja dengan penerangan.Pegawai penerangan dekat sik.Kali akhir aku jumpa abang zan ialah masa kenduri akikah anak hafiz dekat alor setar.Masa tu nampak ok,Abang zan yang pantang makan...pantang jumpa..membelasah kari kambing selamba jer.Aku pun tak berani nak makan.Dua hari dekat Hospital Kulim,Abang zan selamat menemui ilahi tanpa sempat berjumpa dengan anak sulung beliau aqilah.Masa adiknya dari johor pulang..abang zan masih sempat mengenggam erat walaupun dalam keadaan koma.Alfatihah untuk abang zan.Semoga sentiasa dicucuri rahmat Allah.Tinggallah kak nisah dan anak anak.Sama seperti
kak fathiah.Namun kak nisah lebih beruntung kerana mempunyai keluarga abang zan yang amat menyayangi abang mereka.Semoga kak nisah tabah menghadapi ujian ini.

INI LEBIH MENGEJUTKAN............

Tiba tiba ustaz wan yang baru posting dekat sarawak menghantar mesej.Betulkah fizi pj meninggal?Aku terus hubungi lon..member aku satu kos dengan fizi dan ternyata berita tersebut benar.
Siapa fizi?
Kali pertama aku kenal fizi...dia satu bilik dengan aku masa orientasi KPLi.Dekat taman siswa,aku tengok satu katil kosong.Aku pun masuk dan letak barang.Nama roomate aku fizi.Aku tak tanya lebih lanjut dan sampai hari ni aku tak tahu pun nama penuh dia.Gambar kat meja dia menandakan dia sudah berkahwin sebab ada gambar anak lebih kurang umur 2 tahun.Banyak barang dia bawa termasuk makanan,kopi,gula,teh,termos,dan seterika.Sempat aku pinjam seterika dia.Fizi budak PJ.Pendidikan Jasmani.Semua tahu bukan calang calang budak PJ.Sukan semua diorang konquer.Pernah 2 kali kami lawan futsal dengan geng PJ.Memang tak boleh celen.Geng PJ termasuk Abu,Lon,Bond,Lan,Wandin,zuwa dan ramai lagi.Kami memang rapat walau berlainan kursus,Dan yang lebih merapatkan kami adalah kerana kami selalu lepak di bilik kecik dekat kafe sri lawang.Membuat senaman paru paru selepas makan.Fizi selalu tumpang amril balik kelantan sebab save budget.Amril housemate dan satu kos dengan aku.Dan kali terakhir aku dapat berita fizi dengan geng PJ dapat posting dekat KL sama dengan aku.

Tanggal 1 Mac 2009..selepas dua bulan mengajar di setiajaya..Fizi kembali menemui yang esa pada umur yang masih muda.27 Tahun.Meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.Anak yang kecil berumur 3 bulan.Yang lahir ketika beliau masih kursus di Maktab.Masih muda.Lebih muda dari aku.Belum sempat merasa gaji yang pertama.Tapi takdir menentukan segalanya.Mengejutkan.Apatah lagi orang yang terdekat dengan beliau.Bagaimana kesedihan mereka hanya Allah yang tahu.

Pukul 12 malam sebelumnya..Fizi pulang dari bermain futsal.Selepas mandi fizi terus masuk tidur.Tidur buat selamanya.Tanpa sempat menitipkan sebarang pesan.Hanya esok pagi ketika isterinya mengejutkan untuk solat subuh..fizi sudah terbujur kaku dengan wajah yang membiru.Keluarganya menghantar ke Hospital Ampang.Hasil autopsi...Serangan Jantung.Serangan yang tidak mengira siapa,usia atau gaya hidup.Penyakit itu hanya sebab..namun Allah rabbuljalil telah menetapkan segalanya.Ketika daun nama gugur dari arasy dan disambut oleh izrail...tiada lagi alasan,tiada lagi senggang masa..yang ada hanyalah kepatuhan malaikat izrail datang mengerjakan suruhan tuhan untuk membawa kembali roh ke tempat asal.Tinggallah mereka yang tersayang...tinggallah dunia yang melalaikan.Semoga Arwah Fizi tenang bersemadi.Semoga ajarannya selama 2 bulan lalu menjadi bekal buatnya.Yang tinggal hanyalah amalan,anak yang soleh,dan ilmu yang memberi manfaat serta sedekah jariah.Belasungkawa buat aruah fizi,isteri dan anak anaknya.Semoga redha menempuh ujian Allah dan diberi penuh kesabaran.

Bagaimana pula dengan kita?
Perasaan aku bercampur.Ketakutan menguasai diri.Apakah kita perlu takut dengan kematian.Kita takut kerana kita tidak mempunyai bekalan.Mungkin ketika aku menaip di keyboard ini ajal tiba tiba datang.Siapa tahu.Aku berdoa agar dipanjangkan umur didalam kebajikan.Agar aku sempat membersihkan segala noda dan dosa.Agar aku sempat untuk memberi ilmu kepada anak bangsaku agar menjadi bekalan dikemudian hari.Semoga Allah mengasihaniku.Memberiku peluang untuk terus hidup dan menambah bekalan.Ya Allah..panjangkanlah umurku didalam kebajikan,murahkan rezekiku untuk aku berbuat kebajikan.

Yang pergi tetap pergi.....tidak akan kembali lagi.Yang tinggal mungkin entah bila kita akan menurut langkah mereka ke alam baqa.Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

Al Fatihah.

0 comments:

Post a Comment