Hari Sukan la pulak

Minggu lepas sukan jer.Bawak pudak pegi latih dekat padang.Ingat senang nak jadi cikgu.Khan yang selalu hantar mesej dekat berita harian tu bukan tahu susah payah cikgu.Kalau berani datang jumpak aku.Nak jer aku suruh duduk dalam kelas 2 Arif.Sejam pun cukup.Aku nak tengok macam mana dia nak kontrol bebudak nih.Cakap ikut sedap mulut,Berani sebab sms tak nampak muka.Kalau berani khan ko datang jumpak aku.Ada ka dia dok pertikai kerja cikgu.Gaji banyak la kerja sikit.Nak suruh balik pukul 5 lah.Dia ingat cikgu makan gaji buta kut.Kalau ada tak sampai 10 persen pun.Bukan nak elok semua.Cikgu kat Malaysia ni 300 ribu lebih.Takat sorang dua buat hal tu standard la.Tok imam yang tak berapa ramai pun kena tangkap khalwat.Aku ingat khan tu nak jadi cikgu tapi tak dapat sebab tak cukup layak.Tu yang bara sangat dengan cikgu tuh.Aku malas nak membazir duit dok layan sms si khan bengap tu.Ada juga cikgu yang jawap balik.Mai la jumpak aku khan oi.Aku nak test hang sejam jer.Tengok boleh tahan ke tak.Aku sebelum ni pun kerja dahsyat gak .Tapi tak se best cikgu.Alah ko ttu dengki la khan.Mintak maktab tak dapat lepas tu dengki dekat orang.Piirah mabuk.

Hari ni cuti maulud.Esok start balik.Minggu depan sukan.Hari sabtu aku kena mengajar tuisyen PIBG.Hari orang cuti...cikgu kena kerja jugak.Dapat pulak jawatan SU PIBG.Tuan Haji amanah dekat aku.Terima saja lah.Aku kena jaga AJK Kebajikan.Pastu Rumah Kuning.Hari raptai kami cikgu baru buat kenduri sikit sebab gaji dapat awal.Mohon berkat.Walaupun aku tinggalbeberapa ketul jer selepas dirampas oleh bank secara rela paksa.Payah sikit nak online sekarang sebab rumah baru masuk.Apa pun takder.Duduk pun atas lantai lagi.Sabar jer.Tayar kereta pulak kena curi sebelah.Memang malang betul nasib aku bulan ni.Dah lah tayar botak + rim standard wira buruk aku pun orang berkenan.Nasib dia tinggal skru.Pasang tayar spare jer lah.Hai nasib badan.

Hari Sukan minggu ni memang tak belajar.Minggu depan cuti seminggu.Aku tak balik kampung sebab banyak benda kena setel.Itu yang orang bengang tu.Asyik cuti.Tapi ingat cuti tak payah datang sekolah ke.Bulan Februari hari sabtu semua kerja.Ingat cikgu duduk goyang kaki kah.Nak jaga anak orang bagi pandai.Bukan bela kucing siam.Kena buat soalan,isi markah,tanda kertas,headcount,buku adab.Kena pulak cikgu kelas macam aku.Kena jaga makmal komputer lagi.Servis PC yang budak lingkupkan.Nak panggil orang sapa nak bayar. si Khan tu nak bayar kah?Kena pulak SU PIBG lagi.Beban woo.Ingat senang jadi cikgu.Kalau sapa yang dok pertikai kerja cikgu.........meh sini aku nak bagi duduk sejam jer kelas 2 Arif.Layan si DAniel 3 orang ni tengok macam mana nak mengelupur.Kalau jadi cikgu senang...takderlah KPM nak ambik Graduan Profesional macam kami jadi cikgu.Bukan nak berlagak tapi bengang tengok ramai yang dengki dekat cikgu.Takder cikgu anak kita..........sambung sendiri.Kalau mak bapak pun tak sanggup ajar anak yang 2-3 orang...ni nak mengajar 30-40 orang budak.Pikir la sendiri

Chaosss.Thanks tu follower.Tak tau bila lagi boleh online.Please comment.Taknak syok sendiri.Jangan give up untuk visit siteni.TQ

0 comments:

Post a Comment